me

me

28 September 2011

Raya oh Raya......Pesta Makan

Tak Sangka ya...Syawal yg datang sudah berlalu kini. Alhamdulillah Perginya syawal membawa seribu satu nikmat yg lazat, serta undangan rezeki yang melimpah ruah....Hampir setiap minggu ada saja undangan untuk menghadiri jemputan rumah terbuka (OPEN HOUSE)...heheh makan free lagi...

Namun..kenkadang jemputan itu terpaksa juga di tolak kerana kesuntukan waktu..Ni akibat terlebih cuti raya..Sakan sangat...sampai kerja2 pon dah sama tinggi dengan menara Eifel...Tima Kasih semua....Semoga acara makan free nie dapat dapatlah kiranya disambung pada bulan2 yang akan datang jua....

Karipap Pusing
Dodol
Kueh Buah Melaka
Bahulu
Akok
Kek Lapis
Satay
Nasi Briyani

Lemang
Rendang Daging
Rempenyek

19 Ogos 2011

Nak Soping Sangat Kannn......rasakan !

Salam  Kengkawan...

sempena cuti Nuzul Quran yg lalu (Rabu-17/8/2011)...dalam bulan puasa yg panas terik itu..aku telah  memanjang kaki ku...kunun nyer nak pergi soping kt Jalan TAR...Kalu sebut jah jalan TAR..saper yg tak tau bukan...Tempat yg sentiasa meriah setiap kali tibanya musim perayaan.

Pagi itu, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi..dengan memandu kereta myvi hitam ku..meluncur ke jalan Gombak, jalan Pahang dan memasuki Bulatan Pahang.. Stat jer lepas Hospital Kuala Lumpur...pesta membrek kereta pon bermula....memasuki jalan Chowkit..Ke'ejeman' mula menyesakkan dan mengkebaskan kaki ku..Almaklumlah kereta manual katakan.....

Masa tue...perasaan menyesal dah stat melanda jiwa..(alangkah best nyer kalu aku naik LRT saja....aduhhh). Dengan penuh kesabaran dan semangat yg masih tersisa di dada..aku memujuk diri untuk meneruskan perjalanan..Bayangkanlahh..banyak jalan yg menuju masuk ke sekitar Masjid India ditutup..Aduhhh Alangkah kejamnya engkau wahai abang2 polis..

Sabar2....terpaksalah daku membuat satu pusingan untuk masuk parking di Semua House.Masa tue..hati aku dah stat panas pasai bila dah maula masuk ke parking Bay, ada pulak keta hamjadah..memandu macam siput babi kenyang..lembab giler....CObaannnn...Pejalanan pergi yg sepatutnya mengabil masa dalam 40 minit dari rumahku digombak..telah menjadi 1jam 40 minit...adoyaiii...cuba korang bayangkan jam 12 baru daku menjejak parking bay..masa itu..semangat nk soping dah stat luntur..akibat kepenatan.

Namun..daku menggagahkan diri jua untuk men'soping' sedikit2 barang2 yg teringat difikiran time tue..Waktu nak balik pula..kesesakan yg sama melanda..disekitar SOGO dan jalan Raja Laut...Tapi tidak seteruk semasa nak pergi..1jam masa yg diambil utk ku keluar dari pusat bandar itu.

Kesimpulannya...lainkali.kalu nak soping..mase2 cuti umum..naik jelah pengangkutan awam.@ LRT....taklah menyeksa diri...alahaiiii..

*
Kain Tudung renda2
Tudung Chiffon
Kat Jalan ChowKit
Kat Jalan Sebelah SOGO
Syampu CLEAR pon aku sambar



Mutiara Kata Episod 1

  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  •  
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  •  
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  •  
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  •  
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  •  
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  •  
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  •  
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  •  
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  •  
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  •  
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  •  
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan
  •  
Kredit utk -Laman Nurani

    30 Julai 2011

    AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

    Salam Sayang..salam cinta..salam rindu untuk semua...

    Nampaknya..sudah lama daku tak mencoret2 di ruangan blog nie...Almaklumlah, sejak ditimba penyakit ke"malasan"..baru kini terdetik untuk berkarya semua..

    Ramadhan..bulan yg penuh keberkahan dan kesucian..bulan yg paling dinanti nanti oleh segenap manusia yg mengaku dirinya muslim sejati...Dengan tibanya Ramadhan yg mulia ini...daku memanjatkan penuh kesyukuran..kerana diberikan kesempatan lagi oleh Allah untuk beribadah menambah pahala...

    Ramadhan..juga bulan yg penuh rezeki...dimana mana orang mengambil kesempatan diatas kemuliaan bulan yg penuh dengan rahmat ini untuk menambahkan pendapatan diri.

    Terima kasih ya Allah yg Maha Besar lagi Maha Mengasihani....Semoga daku dapat melalui Ramadhan yg penuh berkah ini..dengan penuh keimanan, ketabahan, kezuhudan dan memperbaiki kekurangan diri...Amin...





    31 Mei 2011

    CARA MENGHILANGKAN KEBOSANAN DI DALAM FLIGHT YG LAMA

    Kepada yang selalu mengembara dan melancong menggunakan kapal terbang pasti pernah rasa bosan dalam flight tersebut. Mungkin ada penerbangan yang bagi tengok movie dalam flight tapi mungkin juga ada yang tiada. Kali ini kami ingin kongsikan tips untuk menghilangkan kebosanan dalam kapal terbang.

    Main baling-baling bola hahaha

    Nyanyi koir dalam kapal terbang.. haha

    Main pass-pass barang yang ada dalam poket. Siapa dapat lengkapkan senarai carian dia menang

    Sesi melukis beramai-ramai dalam flight. Lantik la sorang yang paling comel jadi model hahaha
    Meditasi sementara tunggu kapal terbang mendarat

    Pegang tangan sampai cecah pintu tandas sambil pakai seatbelt haha

    Main pop kuiz.. siapa paling banyak dapat jawab dia menang.. hahah


    Gunakan beg muntah tu jadi paper puppet hahaha   
    Maka...dah ada idea nak buat apa bila dalam penerbangan yang sangat jauh?

    22 April 2011

    JUSCO AU2 KERAMAT

    Tarikh 19/4/2011 3 ~  ISNIN

    Masa nak masuk tengahari..yeyy..lunch time...tapi mahu makan dimana ya?..humm..lantas, ketua parti liar/jenjalan (kak aziah) telah mengidam nak pergi makan di JUSCO AU2 KERAMAT..kunun nyer sambil2 nak tengok rumah kaca..budak2 AF (akademi Fantasia)...

    Maka,  ku turutkan jua...masuk jer lunch hour..kami (aku, shikin, aza dan ati ~ budak2 satu opis) pon bergegas untuk pergi ketempat yang dituju...sesampainyer disana..dengan tidak membuang masa yg sudah sedia terbuang diperjalanan itu..(heheheh)
    beberapa keping kambar telah di 'snap'...

    Acara seterusnyer..makan time...tapi nak makan aper yek...dengan mata yg melilau..maka ternampaklah restoran A&W...(rasa nyer sudah lama tak menyinggah makan kt situ)..Makan kami pon memanjangkan langkah menuju kedai tersebut...setelah memesan lauk..sempat lagi kami men 'snap' gambar2 "enterprem" utk ku tepek kan kat sini....dan... makan dengan GUMBIRANYA.... ;-)

    Kat Kaunter A & W

    Hiasan dalaman

    Antara Lauk2 yg bakal di cekik

    Aku dan kentang goreng

    Puan Aza & cik Ati

    Puan Shikin & aku...lah

    kak Aziah dan ayam goreng nyer


    15 April 2011

    Cokelat oHH....Cokelat....i suka u !

    Hallo....nampaknyer macam sudah lama tak mencoret2 di dalam blog ku ini..Almaklumlah daku serta merta telah dilanda ribut kemalasan yg menggila serta ke "bizi"an dalam kerjaya serta baru pulang dari vacation...
    Hari keluarga daku..kami telah bercuti di pulau Lagenda ~ Langkawi...
    Bagi kami yg muda-mudi nie..apa lagi yg boleh ku borong selain COKELAT....yaaa sejenis makanan ciptaan manusia yg sangat MENGGODA IMAN....wahhhh.....Borong sakan wehhh...
    Maka, Disini aku selitkan beberapa foto2 cokelat yg telah dibeli sebagai makanan kenang2ngan.....seyeeezzzz  ;-)

    Kinder Bueno yg LAZATTTTTT

    Cokelat Daim yg menggetarkan jiwa

    KitKat yg UUUmmmpppp

    Hershey's....Wahhh....Hebat

    Toblerone yg EEEEENAK

    Cokelat Tiramisu......tak terkata..sedapnyer

    Farero.....gaya mutu ke...UNGGULAN



    Pages

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...