Kalaulah..suatu hari nanti..aku jadik kaya...korang musti nak tau kan tempat yg paling aku ingin jejakkan kaki....VENICE, Italy..city of romance...hehehe
Sudah tentulah nak pergi dengan orang tersayang ...cewahh ;-) kalu tak..nak beromantika ngan saper pulak kan...
Sambil menyusuri air sungai/laut..dengan gondola yg cantik...(aku dah start berangan dahhh...) alangkah indahnya ciptaan Allah yg maha Hebat....Semoga suatu hari nanti impian aku ini dapat terlaksana....Amin
p/s : aku dah start buat tabung ayam pulak..kumpul2 syiling....
disini aku sertakan sedikit nota mengenai venice :
Venice (Itali: Venezia, Venice: Venezsia) adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice (penduduk 1,600,000).
Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di Venice adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace.
Republik Venice dulunya adalah satu kuasa maritim yang utama semasa Zaman PertengahanPembaharuan, dan medan Perang Salib dan Perang Lepanto, serta satu pusat penting perdagangan (terutamanya sutera, biji-bijian dan perdagangan rempah) dan seni dalam abad ke-13 sehingga abad ke-17.
Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Ia kemudian menjadi sebahagian dari Austria dan seterusnya Itali.
San Marco,Venice |
Rio dela fornace, Venice |
gondola |
bangunan warna-warni |
Rialto bridge, grand canal, Venice |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan