me

me

19 Ogos 2011

Nak Soping Sangat Kannn......rasakan !

Salam  Kengkawan...

sempena cuti Nuzul Quran yg lalu (Rabu-17/8/2011)...dalam bulan puasa yg panas terik itu..aku telah  memanjang kaki ku...kunun nyer nak pergi soping kt Jalan TAR...Kalu sebut jah jalan TAR..saper yg tak tau bukan...Tempat yg sentiasa meriah setiap kali tibanya musim perayaan.

Pagi itu, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi..dengan memandu kereta myvi hitam ku..meluncur ke jalan Gombak, jalan Pahang dan memasuki Bulatan Pahang.. Stat jer lepas Hospital Kuala Lumpur...pesta membrek kereta pon bermula....memasuki jalan Chowkit..Ke'ejeman' mula menyesakkan dan mengkebaskan kaki ku..Almaklumlah kereta manual katakan.....

Masa tue...perasaan menyesal dah stat melanda jiwa..(alangkah best nyer kalu aku naik LRT saja....aduhhh). Dengan penuh kesabaran dan semangat yg masih tersisa di dada..aku memujuk diri untuk meneruskan perjalanan..Bayangkanlahh..banyak jalan yg menuju masuk ke sekitar Masjid India ditutup..Aduhhh Alangkah kejamnya engkau wahai abang2 polis..

Sabar2....terpaksalah daku membuat satu pusingan untuk masuk parking di Semua House.Masa tue..hati aku dah stat panas pasai bila dah maula masuk ke parking Bay, ada pulak keta hamjadah..memandu macam siput babi kenyang..lembab giler....CObaannnn...Pejalanan pergi yg sepatutnya mengabil masa dalam 40 minit dari rumahku digombak..telah menjadi 1jam 40 minit...adoyaiii...cuba korang bayangkan jam 12 baru daku menjejak parking bay..masa itu..semangat nk soping dah stat luntur..akibat kepenatan.

Namun..daku menggagahkan diri jua untuk men'soping' sedikit2 barang2 yg teringat difikiran time tue..Waktu nak balik pula..kesesakan yg sama melanda..disekitar SOGO dan jalan Raja Laut...Tapi tidak seteruk semasa nak pergi..1jam masa yg diambil utk ku keluar dari pusat bandar itu.

Kesimpulannya...lainkali.kalu nak soping..mase2 cuti umum..naik jelah pengangkutan awam.@ LRT....taklah menyeksa diri...alahaiiii..

*
Kain Tudung renda2
Tudung Chiffon
Kat Jalan ChowKit
Kat Jalan Sebelah SOGO
Syampu CLEAR pon aku sambar



Mutiara Kata Episod 1

  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  •  
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  •  
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  •  
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  •  
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  •  
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  •  
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  •  
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  •  
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  •  
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  •  
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  •  
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan
  •  
Kredit utk -Laman Nurani

    Pages

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...