MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.
Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.
Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian.
Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya
adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit.
Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
43. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau
radang paru paru
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia.
Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.
Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya.
Minyak Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa
Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala, minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum minyak kelapa Dara 2-4 sudu makan sehari, diminum sebelum makan dan disapu dibahagian yang mengalami masaalah.
Dengan meminumnya secara terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara. Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid) yang hampir sama dengan khasiat air susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob.
Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John J Kabra, daripada Department of Chemistry and Pharmachology, Michigan State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak (lipid coated microorganism). Sifat asid laurik dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu kekebalan virus.
Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp., Stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada Minyak Kelapa Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.
Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser
Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. Sifat antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.
MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.
Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang menggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser.
Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.
SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :
- Berwarna Jernih.
- Diproses melalui kaedah bioteknologi.
- Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
- Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
- Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
- Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
- Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).
- Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
- Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
- Mengurangkan kadar Kolestrol
- Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
- Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
- Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus
- Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid
- Pembekal sumber tenaga yang pantas
- Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari
Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
APA KATA MEREKA (PENYELIDIK MINYAK KELAPA DARA)
APA KATA MEREKA (PENYELIDIK MINYAK KELAPA DARA)
"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA
"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit
semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA
"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA
Maynetwork
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA
Maynetwork
minta izin untuk copy kelebihan minyak kelpa dara terima kasih
BalasPadam