Salam kengkawan....kita bertemu kembali di blog yg comel nie...
Tentu korang sume dah tau yg nie pon crita yg telah di peram2 menjadi pekasam...baru sekarang nak story..mori...
November 2009...kami semua telah diundang utk menghadiri majlis perkahwinan kawan se opis yg bernama Idawati (dulu duduk sebelah meja aku...huhuuhu..windu kt dia)
Majlis diadakan pada hari sabtu..Dengan menaiki kereta kenari Aza (baru kawen...hihhihi..;-)
kami berempat iaitu aku, aza,ati dan zana bertolak dari kuala lumpur pada pukul 9 pagi...Perjalanan menuju ke Cherating, Pahang mengambil masa selama 3jam lebih...mungkin kerana cuaca yg sekejap2 ujan, melambatkan perjalanan kami...
Rombongan ini juga disertai oleh kama, lin dan aqilah(satu kereta) serta kak salina(satu family)..
BOS FM ikut juga tetapi dia bertolak lambat(cehh..dengan muka berlagaknyer...kata boleh sampai dlm 2 jam saja....huhhhh).
Sampai di cherating..kami pon tidak membuang masa, terus berjumpa ngan pengantin berdua..Ujan tetap juga turun dengan tidak berenti.Setelah menjamah makanan...kami pon duduk sementara dan kemudian meminta diri utk pulang..Tetapi kami telah megambil peluang utk bermalam semalam di sini (cherating)..Kami telah memilih utk bermalam di chalet Pak Ali (tak pasti nama itu betol ke tidak)
Sampai disane..ujan sudah renyai..selepas menyalin pakaian, kami pon bersia2 di tepi pantai kerana ombak yg besar mmbantutkan hajat utk bermain air...kesian.....;-(
Malam itu ujan sangat lebat sehingga kesubuh..aku sudah terjaga sejak pukul 5 pagi lagi kerana tidak boleh melelapkan mata akibat cuaca yg sungguh sejuk....
Pagi itu kami telah check -out dari chalet dalam pukul 11 pagi...kemudian menuju kerumah pengantin (idawati) utk bertemunya sebelom bertolak pulang ke kuala lumpur.
Kami telah membeli sedikit buah tangan berupa keropok lekor dan keropok kering buat ole2 di bawa pulang....Sekian lah..leteran dari saya yg tak seberapa ini...
Bergambar bersama2 seblom bertolak pulang |
Semua bergambar bersama2 pengantin |
Pengantin sudah tiba |
Inilah rupa tempat chalet kami |
Ombak yang menggulung tinggi...tak berani nak dekat |
Inilah aksi tak dapat nak main air laut |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan