me

me

28 Januari 2011

LEPAS WAKTU PEJABAT....HOHOHO...!

Entry ini dibuat kerana akibat sudah lama aku tidak menulis di blog aku yg macam nk bersawang nie..

Waktu kini....5.50 Petang.....28hb Januari  2011...masih belum dapat gaji lagi.....
Aku nak memperkenalkan teman2 setia ku..yg sentiasa menunggu kehadiran ku setiap pagi di opis...
Walaupun mereka bukan orang..tapi mereka tetap disana..melayan dan mendengar segala leteran dan bebelan ku setiap hari.

Pendek kata..jika tanpa mereka..alamatnyer..meja kerja aku..sesangatlah BERSIH & BOSAN......

Dan..kini kuperkenalkan satu persatu.....
Dipersilakan...pasangan bahagia..encik cawan kucing dan cik cawan anjing snoopy

Tabung kepala kucing pink...aku simpan duit sehinggit2 jer tau...

Hadiah drp aqilah....Kacang (tak boleh makan....tengok jerr...)

ini adalah cik cermin muka kucing biru (kene bukak kepala dia)

ini pula....segala2 alatan menulis...(pensel box miki & mini)

24 Januari 2011

SI PENGEJAR MIMPI......

 p/s : salam sayang...dari si merahjambu yg pemalu......

Macam2 orang mempunyai mimpi yg berbeza.
Ada yang bermimpi utk masa dulu...kini ataupun masa kan datang..
Kadangkala..aku merasa cemburu dengan mereka yg sudah dimakbulkan mimpinya oleh Allah...
sambil berkata..(Bilakah giliran mimpiku pula ya Allah ...).
Aku bukan bersungut pada ketentuan Illahi..cuma ingin meluahkan secebis rintihan yg menyesakkan  hati...
Memang....semua orang punya mimpi....tapi, 
mungkin bukan semua orang layak utk bermimpi...
Pernah juga terfikir dibenakku..ujian apakah ini.....? Adakah Allah tak mendengar mimpiku....!
Sampai kini....aku masih berlari...mengejar mimpi...tapi ...semakin jauh jua..mimpi itu pergi....
Pernah juga ku terjatuh.....terluka.....menangis.....
Namun, kusembunyikan airmata, dibalik bantal merahjambu ku....
Sungguh kejam mimpi itu.....tanpa berpaling.....pergi...
Dibalik kacamata...kulihat...satu persatu..mimpi sahabatku menjengah tiba.....
Alhamdulillah.....semoga mereka bahgia dengan mimpi yg indah...
Aku tak tahu..sampai bila harusku...menjadi sipengejar mimpi.....
sampai bilakah mimpi ku ini, dpt menjadi realiti....
Setiap malam...ku harap...ku terus mencari mimpi...
Ku berdoa...Janganlah hatiku berputus asa...menunggu sang pemimpi...
semoga Allah mengasihani si pencinta mimpi....




21 Januari 2011

LEPASKAN.....BEBASKAN

p/s : Aku tetiba pulak dilanda penyakit nak berpuisi bagai....




Tekanan ini,
makin menghimpi jiwa,
mencalar hati,
menghiris kalbu,
jangan kau bertanya lagi,
pada mimpi yang belum pasti,
jangan kau tanya lagi,
pada cinta yang tiada dihati,
Biarkanlah,
Bebaskanlah,
belenggu yang memasung diri,
Lepaskanlah,
agar kubisa bernafas lagi.....



16 Januari 2011

JENJALAN @ GENTINGS HIGHLANDS

My abang with wife nyer

Adik ku posing tepi London Bus

Aku pon posing kt London Bus

aku dengan wife abang yasin

Bertiga lebih baik..ehehehe ;-)

Ikan2 yg gelojoh

Adik ku kt depan Merry go round





Lokasi  : Genting Highland
Masa : Sekitar Bulan Jun/July 2010

Hari sabtu itu, aku bersama2 adik dan abang sedara with wife nyer telah memanjangkan kaki utk bercuci2 mata di puncak genting..almaklumlah abang ku ini seorang pelaut..maka waktunya di darat amat kurang...maka sementara dia didarat ni..kami pun sebulat suara utk jenjalan lah...heheheh ;-)
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi..aku pun memandu keta kesayangan ku myvi utk ke hentian LRT Gombak...membeli tiket pakej...daku sedikit kecewa kerana tiket utk naik bus ke puncak genting pada pagi itu telah habis..Maka kami pun terpaksa mengambil teksi utk ke puncak..Harga yg dikenakan pula sangatlah mahal. Dalam RM 80 utk perjalanan yang selama 30 minit..(pakcik drebar bwk laju giler..macam merempit di litar lumba..)

Alhamdulillah..slamat juga kami sampai disini. Namun pada hari ini, cuaca tidak begitu sejuk.(ceh..buat penat jer bwk sweater ). Oleh kerana waktu sudah menghampiri tengahari, kami pun bergegas beratur utk mengambil giliran menaiki gondola (cabel car) yg akan membawa kami kepuncak..walaupun dah naik byk kali, tetap juga terasa gayat... ;-(

Perjalanan ke puncak menaiki gondola mengambil masa selama 20 minit dan kami disajikan dengan pemandangan indah awan biru serta hutan tebal....Angin sungguh kencang semasa berada di atas awan...sejuk ooohhh..

Setibanya disana..orang sungguh ramai.Kami tidak dapat menaiki byk permainan kerana masa beratur yg panjang...Hanya main mana2 yg sempat sahaja..menjelang petang kami berhenti utk makan...di dalam genting food court..Aku sangat terkejut kerana harga makanan disana utk lauk nasi campur 4 orang makan mencecah RM 80..GILA!..tak pernah seumur hidup makan nasik campur semahal ini ! Jikalau di KL, aku anggarkan sehabis mahal pon cuma RM40 (utk 4 orang makan) SUMPAH, pasnie tanak makan kt situ lagi..Kesian orang yg membawa ramai keluarga...Pasni kalau nak makan pon baik pergi ker restoran makanan segera.


Disini aku sertakan beberapa foto yg sempat di ambil...sori..tak byk...cau dulu...







14 Januari 2011

MARI BERKONGSI ILMU - Khasiat Minyak Kelapa Dara

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.

Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. 

Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
 
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya
adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.
 
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit.

Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
43. mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau
radang paru paru 
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
 
Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. 

Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.
 
Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya.


 Minyak Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa
 
Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala, minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum minyak kelapa Dara 2-4 sudu makan sehari, diminum sebelum makan dan disapu dibahagian yang mengalami masaalah. 
Dengan meminumnya secara terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara. Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid) yang hampir sama dengan khasiat air susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob.

Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John J Kabra, daripada Department of Chemistry and Pharmachology, Michigan State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak (lipid coated microorganism). Sifat asid laurik dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu kekebalan virus. 

Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp., Stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada Minyak Kelapa Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser
 
Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. Sifat antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.

MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang menggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser.
Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.

SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :

  • Berwarna Jernih.
  • Diproses melalui kaedah bioteknologi.
  • Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
  • Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
  • Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
  • Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
  • Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).
 Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar Kolestrol
  • Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
  • Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
  • Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus
Dan anti protozoa
  • Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid
  • Pembekal sumber tenaga yang pantas
  • Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari
Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
APA KATA MEREKA (PENYELIDIK MINYAK KELAPA DARA)

"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit

semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA
"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA
Maynetwork
 



 







13 Januari 2011

Petua Langsing @ kurangkan berat badan

Petua ini di kumpul dari pelbagai sumber..Tidak salah untuk mencuba kan....

Membuang Lemak Badan

Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Ingin Kekal Langsing

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. 

Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu: 

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). 

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”. 

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.







12 Januari 2011

Johnny's Restaurant - Jusco Wangsa Maju

Salam semua kengkawan ku..hari ini aku nak story mory pasal makan2 pulak...
 
Mase kejadian...12/1/2011~Rabu..waktu makan tengahari..aku ngan aqilah dan shikin kunun nyer nak menemani cik mek comel yakni aqilah utk mengintai2 harga harga tv lcd yg tengah ada promosi kt Jusco  wangsa maju.
 
Belek punya belek..mungkin inilah yg berkenan dihati nyer...hehehe ;-)  tapi episod membeli masih perlu ditangguhkan utk mendapatkan persetujuan encik ehemm..
 
Pahtu...kami pun memanjangkan langkah utk pi makan di restoran Johnny's...
Bukan utk berjoli katak..tapi kerana mee tomyam nyer yg sungguh lazat hingga menjilat garpu.
 
Hmmm..yum..yum..yum..(kami makan lauk bajet jer..almaklumlah dah tengah bulan)
Disini..disertakan foto2 kandid mase kami makan2...tengoklahhhh..babai...!
 
Latar Belakang Johnny's

Lime Juice and the sudugarpu

Posing seblom dapat lauk...lapar nie.. ;-)

SuduGarpu plak nak posing..nyeh..nyeh..nyehh

Lime juice kapel ngan oren juice

Kelaparan sambil senyum....

Shikin posing seblom mencekik

Aqilah dah tak tahan lapar....bizi..bizi

yeye..akhirnya..lauk sampai..!

maka...oren juice dan lime juice pon berpisah...
 
 
 
 
 
 

10 Januari 2011

Mary Stayed Out All Night @ Marry Me, Mary!

Title: 매리는 외박중 / Maerineun Oebakjoong / Mary Stayed Out All Night
Chinese Title : 玛丽外宿中

Synopsis
Wi Mae Ri is the cheerful, pragmatic daughter of a failed businessman who had grown used to being constantly on the move to escape from debtors. She becomes fast friends with the free-spirited indie singer Kang Moo Kyul when she nearly ran him over in a car.

Meanwhile, her father Wi Dae Han is saved from his debtors by his old friend, Jung Suk, who had just returned from considerable success in the Japanese entertainment industry. Jung Suk, who had harboured a secret love for Mae Ri’s mother, sets up a deal with Dae Han to have Mae Ri marry his son, Jung In.

In her desperate to escape this predicament, Mae Ri begs Moo Kyul to pose as her husband, and finds herself in even more trouble than before when her father proposes a 100-day period in which she has to divide her time equally between Moo Kyul and Jung In, after which she has to decide who to marry. 

Cast
Moon Geun Young as Wi Mae Ri
Jang Geun Suk as Kang Moo Kyul
Kim Jae Wook as Byun Jung In
Kim Hyo Jin as Seo Joon
Park Joon Gyu as Jung Suk (Jung In’s father)
Park Sang Myun as Wi Dae Han (Mae Ri’s father)
Lee Ah Hyun as Kam So Young (Moo Kyul’s mother)
Shim Yi Young (심이영) as Director Bang
Lee Sun Ho as Lee An
Kim Min Gyu (김민규) as Ri No
Geum Ho Suk (금호석) as Yo Han
Park Chul Hyun (박철현) as Re Oh
Kim Hae Rim (김해림) as Ji Hye
Lee Eun as So Ra
Chae Min Hee (채민희) as Jang PD
Yoon Yoo Sun as writer 
 
Production Credits
Chief Producer: Jung Sung Hyo
Producer: Han Sang Woo (한상우)
Director: Hong Suk Goo, Kim Young Kyoon (김영균)
Original writing: Won Soo Yeon (원수연)
Screenwriter: In Eun Ah (1-10), Go Bong Hwang (11-16) 

Note
- Based on the internet comic “Maerineun Uibakjoong” by Won Soo Yeon.
- “Maerineun Uibakjoong” was first published online via cartoon.media.daum.net on February 6, 2009. It was then published as comic book on November 24, 2009
- Won Soo Yeon also wrote the manhwa “Full House” which was adapted into the 2004 KBS drama “Full House”.
- Writer In Eun Ah left the drama due to the drama’s low ratings and discord with the production team. She was replaced with Go Bong Hwang who took over the script from episode 11. 

Awards
- 2010 KBS Drama Awards: Netizens’ Award (Jang Geun Suk)
- 2010 KBS Drama Awards: Best Couple Award (Moon Geun Young and Jang Geun Suk)
- 2010 koreandrama.org Awards : The Best Korean Drama of 2010
wn as : Mary is Out at Night / Marry Me, Mary!
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2010-Nov-08 to 2010-Dec-28
Air time: Monday & Tuesday 21:55 





7 Januari 2011

HARI PERTAMA ~ BELAJAR MENJADI VALUER...HAHAHAH

Jumaat, Tanggal 7 Januari 2011, 12.45 tengahari, aku telah diajak oleh kak.Aziah bersama shikin untuk menemani mereka kerumah banglo baru dato K. di Kemensah Residency...sebuah kawasan elit baru di sekitar Kemensah, Ulu Kelang...Perjalanan dari opis kami di Taman Melawati diiringi oleh hujan yang renyai2. Tiada tanda2 akan bertukar menjadi lebat..(Alhamdulillah).
Sesampainya disana...Banglo tersebut sedang mengalami transformasi (renovation lahh)..Banyak pekerja kontrek sedang melakukan kerja ubahsuai....apalagi , tanpa membuang masa kami pon menjalankan tugas masing2. Kak aziah dengan iPhone nyer...snap2 gambar dan berceloteh bertanya pada seorang pekerja yg bertanggung jawab membawa kami melihat2 rumah tersebut..Shikin pula sibuk dengan pen nyer..melukis2 pelan, manakala aku pulak ditugaskan utk me-snap2 keseluruhan foto ruang yg ada di rumah itu...(letih jugak yerrr....)
Menjelang pukul 2 petang, barulah tugas kami berakhir...Tapi kami kurang bernasib baik kerana menurut pekerja tersebut, jika kami datang pada hari semalam, Dato K. , ex- wife nyer dan Dato CT pon ada disana...
Okeylah...adios..kita jumpa lagi di entry yg akan datang! ;-)
Dah Abis..nak balik nie...



Plat Nama

macam nie lah contoh rumah nyer

Yg nie pulak gambaran tandas nyer...hehehe ;-)

4 Januari 2011

KELAS BELAJAR BERENANG OLEH CIKGU QILAH DI MADU MAS

Hari Jumaat 31/12/2010..yabedabedoo !! yeyeye cuti free sempena kemenangan bolasepak Piala Suzuki AFF (Malaysia menewaskan Indonesia).Hari sebelom nyer..aku dan aqilah serta ati kunun nyer hendak berenang di rumah member baik ku merangkap isteri manager..Ezalina. namun ati tidak dapat menyertai aktiviti ini kerana ada hal lain.

Hari yg dinantikan telah tiba. Aku telah bersiap dan pada pukul 10.30 pagi..aku telah bertolak dari rumah menuju ke kondominium Madu Mas…Tiba disana pada pukul 11.00 pagi..Jalan genting Kelang agak jem pada hari itu..

Sampai disana…Rayyan sudah sedia menunggu bersama mama nyer…sayang dia! Tunggu punya tunggu..akhirnya cikgu qilah pon tiba beberapa minit sebelom pukul 12 tengahari.

Tanpa membuang masa, kami menukar pakaian utk  bermain mandi manda di kolam renang….Wahh..sangat sejuk juga itu ayer…huhhhhh….

Maka…kelas belajar renang pon bermula…sebelom melompat masuk ke air, sempat lagi kami posing2 maut kat tepi kolam…nasib baik org tak ramai sangat..bolehlah kami berendam lama2….

Aduyaiii sejuknyer air ini…Masa sudah berlalu selama 2 jam..wahhh…berendam sampai kecutlah katakan…

Rayyan..buat muka sedey..nape nie cayang!

Rayyan dah geram tengok air

Aku sempat buat peez..seblom terjun

Aqilah pon buat peez jugak..miahahaha

Qilah baru abis buat 1 lap

Lagi dan lagi..aqilah sempat buat Pezz

Posing kat tangga kolam renang..senyum!

Berendam ditepian kolam..sempat lagi posing2

Qilah berenang dengan gumbiranyer

cikgu qilah yg sedang kusyuk renang2

Slipar aku pakai..pinjam En. Rin


Pages

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...